Dalam kedinginan pagi, aku terkenang akan nasihat dari guruku pada masa yang sama dorongan yang supaya aku menghasilkan suatu karya yang mutu,adalah bukti kata-katanya yang nampak bakat dan kelebihan yang ada pada diri ini yang aku sendiri tidak nampak atau sedar kerana alpa dalam keseronakan..
Kini, sayembara penulisan skrip berlalu dengan pantas,aku jua tahu kemampuan diri tahapnya dimana cukup tercabar melihat masa yang suntuk. INI adalah suatu ALASAN.
Dasar desakan itu menyebabkan aku merasa telah menghampakan satu perasaan .
Seorang guru yang penuh pengharapan agar murid sentiasa mencurah seluruh apreasasi naskah dalam diri yang terindah ciptaan yang agung untuk dipamerkan dan dibaca oleh khalyak kususnya yang cinta dan mencintai .DEMI melihat kesungguhan sahabat yang mula mengorak langkah seribu untuk menggapai pencipta skrip, tetap berterusan walau badai melanda dirinya kerna langkah sudah separuh jalan,kekuatan dalamannya untuk penerusan demi sebuah naskah.
Terdetik dihati kecil ini, melihat guruku hanya menunjukan jalan yang mana yang harus dilalui oleh murid tetapi tidak menyuruh atau sedikit pun melarang apatah lagi untuk menegah jalan yang dipilih oleh anak-anak muridnya.
Yang jelas dan pasti dia hanya tersenyum. Tetapi dalam HATInya tiada yang tahu..
Pentafsiran senyuman sukar difahami serta tawanya hadir seribu persoalan??
Pendefinsian cinta yang begitu luas, petafsiran cinta juga perlbagai, olahan RASA cinta berlainan. Sebagaimana seorang pencinta merasakan rasa cinta itu.
Sebagai contohnya:
Cinta kepada maha penciptanya
Cinta pada ibubapa
Cinta pada guru yang memberi ilmu
Cinta pada alam yang mengindahkan mata pemandangan manusia…