Sunday, 19 February 2012

tidak setitis pum airmata keluar

Tika mengenang waktu daku tidak mampu mengalirkan airmata, baru ku tahu baru Allah S.W.T lebih berkuasa dari kemampuan kita walaupun dalam kesukaran itu ,seharusnya kita bisa mengalirkan airmata,sungguh kuasa lebih dari pemikiran kita pengertian ini amat bererti bagiku...Airmata kita  hanya untuk maha pencipta yang agung ada sebab kenapa dan mengapa kita tidak perlu menangis untuk mengenang apa orang lain dah buat pada kita, tetapi Allah telah menunjukan  bahawa kita hanya mengalirkan airmata untukNya saja bukan sesama manusia..
kerna menangis untukNya lebih baik dari menangis untuk manusia...
hanya meminta simpati dan perhatian ....

Saturday, 11 February 2012

love story



Love story ialah cerita cinta, kita manusia diberikan anugerah perasaan yang aneh dirasa yang terlalu susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Orang kata cinta boleh menyebabkan orang yang waras boleh menjadi tidak waras atau tidak betul, namun cinta bisa membuat dunia bergegar kerana penangan orang bercinta yang mampu mematikan dan menghidupkan semangat seseorang yang saling atau salah seorang telah jatuh cinta kepada lelaki atau perempuan itu, seperti saya katakan tadi soal perasaan terlalu susah untuk ditafsirkan dengan perbuatan dan kata-kata dilakukan atau dilemparkan walaupun seluruh jiwa melepaskan semua yang ada.Namun jika salah seorang tidak mampu atau tidak boleh menerima kasih saying yang diberikan kerna takdir dan jodah sudah ditentukan kemana hala tuju aliran  
Tiada yang lain yang kumahukan hanyalah kamu yang mampu memberikan degupan nada-nada cinta yang tak mampu bersuara lagi, dan tak lagi mampu menahan air mata menuruni laluan yang wajah suram, padahal sudah semuanya kata-kata dihaburkan tidak lagi menjadi saksi, adakah jalinan membentuk sebuah perasaan yang benar-benar mampu dikuasai hati yang kelemasan menunggu waktu kapan tiba untuk berbunga-bunga sakti membuahkan hasil yang postif, setiap nada suara hati ini menyatakan aliran tidak mampu lagi disekat-sekat mekarnya alunan bunyi lagu yang terdengar dek telinga yang mendengar moga memberikan juga perasaan tenang dan menghilangkan marahkan hati kerna membenarkan hati dan rasa mencintai seorang  yang kuanggap …..
Kurasa harap sangat, aku mampu mengharungi perjalanan yang panjang ini dengan penuh kekuatan mental dan fizikal yang baik. Jelaskan aroma dan semua yang perkaitan dengan dirimu akan kuhayati dengan selembar jiwa ku sebarkan agar ku mampu melupakan seperti manaku melepaskan insan-insan yang lain dalam hidupku dengan sempurnanya. Tanpa mengoreskan sedekit perasaan dihati ini.
            Ya memang benar, rahsia allah semua sudah tertulis  adakalanya kita tidak mampu menghalang andai semuanya berlaku diluar dugaan. Kadangkala aku tidak mengawal kekuatan emosi bila ia sudah bermain di fikiran sehinggakan sukar lagi untuk berfikiran secara rasional apabila fikiran sudah dikatakan dengan perasaan tidak menentu.
Entah kemana hala tuju pikran ke mana mahu dibawa belayar ?
Ke hutan rimba mana untuk bertapa nada kesedihan ini?
Ke mana planet mana ingin menjauhkan diri dari seluruh masalah yang  menimpa?
kenapakah masalah terus menhujani segala aspek keseluruhan rasa yang ada pada diri ini.?

Andai diriku tidak lagi menanggung segala rasa kemurungan dalam diri ini akan ku tebarkan buih-buih keriangan dalam senyuman ,sehingga ada persoalan yang bisa melemaskan aku untuk menjawab semua soalan-soalan yang bisa dikatakan soalan berani mati!!!..
Begitu manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada,anggapkan semalam sebagai kenangan nan silam yang tak lagi ambil pusingan oleh semua orang di sekeliling walaupun paling dekat dengan kita sendiri.
Luka dihati ini Satu luka yang saya menyembunyikan jangan menguji saya lagi Luka yang diberikan orang yang dikasihi Susah untuk diubati Dan sejak kamu pergi Saya tak boleh merasai hatiku Hanya tuhan yang tahu sejak bila kamu berada didalam hatiku Semenjak kamu berada Kamu bersama-samakuSaya berjanji
Kamulah satu-satunya dalam hatiku

Siapakah yang difikirnya harap-harapanya sayalah…
Dimata hanya dipenuhi kasih sayang tersembunyinya identiti seseorang
Matanya mencari sesorang penuh dengan impian dan kegembiraan
Siapakah yang difikirkannya dan mimpikan  sepnajang siang dan malam
Sesiapun dia sedang berada disni
Tak beberapa juh tapi sangat dekat
Tetapi tiada sebarang petanda

Secara tiba-tiba ,semalam ,kamu berada disana..di hadapan mataku dan saya sentiasa fikir kamu perlukan kawan,saya berharap Tiada janji tiada pertalian hanya persahabatan
Kalau tak selainaya kamu akan tetap kawan saya
Sudiakah berkawan dengan saya?
cubalah,kawan sy kata sy kawan yang baik
Bila bergantung dengan kenangan lama bila nak memulakan dengan kehidupan baru...
Setiap orang mesti ada kisah cinta

menilai sesuatu..

Dalam aku tidak sedar bahawa aku terperasaan satu benda aneh dalam hidup ini iaitu orang paling rapat pum belum tentu mereka semua tahu pasal kita walaupum mereka boleh dikatakan teman baik atau teman sehidup  tapi bukan kekasihlah,apa yang saya cuba maksudkan ialah kawan atau bestfriend fovever!!..
 Anehnya jika di tanya pasal kekurangan pada kawan baik yang paling rapat dia tak nampak sebarang perubahan yang pelik kerana kawan baik tadi sempat cover tanpa ada sebarang kesilapan,mungkin tak nak mengeruhkan keadaan yang ada atau malas nk cari pasal.masing -masing sibuk dengan hal mereka. So? .tetapi kawan -kawan yang tak rapat sangat boleh nampak sebarang perubahan yang berlaku kerana dia sentiasa memerhati apa yang berlaku pada kita. Contohnya,dia kan akan nampak kita kurang berkawan dengan salah satu sahabat yang lain? dia akan nampak kita semakin gemuk atau kurus? dia akan nampak perubahan drastik jika anything happen?dia akan jika kita hubungan sulit atau teman rapat yang lain selain teman itu saja...?


Saya bukan menggangap kawan baik tak baik,tapi kadangkala orang luar atau kurang akrab dengan kita akan lebih nampak apa yang berlaku dalam perhubungan kita dengan orang sekeliling. SO DIORANG akan tegur bila nampk something wrong..!nampk jugk perihatin dan but gosip muraahan...oppss..


BUKAN SENANG nak faham apa yang semua orang hendak!!!







Friday, 10 February 2012

ku ingin mencari bahagia


Sukarnya mencari bahagia
Di dunia fana
Penuh fatamorgana

Kebahagian yang ada
Perlu
Biar ku bawa
Jalan ini
Menuju destinasi

Andai  belum terjejak lagi
Kasih abadiNya 

Moga sepi
Di malam hari
Akan terpemer seluruh anugerah

Biarlah secebis rasa bahagia
memeluk  dan terus kekal

selumbar sekeping hati


Sebaik sahaja hati ditinggalkan kosong
Tiada berpenghuni
Terlalu mudah hati merasuk
Menjadi orang tidak siuman
Nyata pada akal

Biarpun gerimis menhujani seluruh
Dunia nyata
Titik pusat darah yang mengalir
Tanpa henti-henti

Pohon qimara menjadi redupan
Bagi kenangan hampir terkikis
Pangkal tangkai
Rimbu jejambu penuh

Nun kasihNya 
Saksi terpamer
Ertinya...

Tuesday, 7 February 2012

firasat memendam rasa


Dari jauh
Sesuatu yang tidak mungkin kulupakan
Hasrat yang idamkan
Terputus terbiar sepi
Bagaikan undangan yang tak pernah kunjung tiba

Meditasi pentas dunia
Olahan semi demi
Keagungan
Ciptaan persis
Gunung gunawan
Lampungan  jiwa terus di awangan

Aku dambaikan redupan kasihmu
Kepada insan yang kusayangi

Tak perlu aku katakan siapakah
Dia
Tetapi yang kau tahu
Bahwa
Aku amat-amat menyanyangi
Cuma sukar untuk mengungkap
Kata-kata indah kepadamu…

Maafkan aku sayangggg...

Tolonglah hentikan optimis
Dalam diriku dan dirimu
Kerna
Dunia ngak bisa aman
Jika terus terusan
Sebegini rupa
Kasih cintaku


Ku TAK terdaya memikul rasa yang amat memilukan ...

Makna

Kadang-kadang aku pernah terfikir kenapa aku suka sangat dengan lagu tuh...



aku ulang-ulang terus ulang lagu tersebut tanpa jemu..kemudian aku hafal liriknya tanpa kau ketahui begitu tersirat dan tersuratnya lagu tersebut, demikian dengan kisahku yang tak kesampaian ke hujung destinasi.Seperti lagu andai kutahu jadi begini,aku tidak akan memulakan langkah bodoh dan menyakitkan hati dan perasaan ku sendiri tanpa kusedari ia memmang melukakan dan terasa yang amat mendalam...lagu yang selalu dengar kemudian menjadi lagu ngeri dalam hidup setlah kuketahui makna dibalik lagu tersebut ditulis oleh seseorang yang pernah dilukai dan terluka pada jiwanya...


              Sejenak sepanjang liku-liku hidup ini, aku amat menyesal atas tindakan aku lakukan. Namun apa daya aku serang perempuan yang lemah hanya mampu berserah dengan ketentuan takdir. Saat melihat semua kenangan muncul setiap detik dan ketika menyebabkan sesak dan tak mampu untuk berimaginasi dan berfantasi bahawa itu adalah fakta yang tak mungkin aku menolaknya. Setiap kenangan ada dimana-mana sahaja aku berada,semua perkara yang terlintas dalam fikiranku adalah semuanya berkiatan dengan dirimu..Arghh..... sungguh begitu kuat penangan cinta dan kasihmu pada sehingga aku tidak mampu untuk berfikir dengan kewarasan akal dan iman yang betul.


ya allah bangkitlah semangat kental dalam diriku agar aku mampu hidup dalam ketabahan hati dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada ansir-ansir jahat yang menggangu ketenteraman .


dalam setiap nafas dapat kuungkapkan rasa keindahan dalam kedukaan yang kurasakan ...

   SUNGGUH KEHIDUPAN BANYAK YANG      TAK TERDUGA DEK AKAL

Wednesday, 1 February 2012

teruji lagi


Makin  lama  makin teruji
Tak perlu aku
Mengatakan aku sedang
Berbahagia atau berduka lara
Sebaliknya
Dengan benih -benih keindahan memberi sejuta rasa kesabaran yang tinggi
Untuk mengungkap

Aku amat sayang padamu


Terlalu lama aku mengambil masa untuk aku mengerti erti rasa sayangku
Pada dirimu yang satu…

Tapi
Apa yang kita nak bukannya
Kita dapat dengan semudahnya
Jalan berliku sentiasa menemani
Hari- hari yang indah
Sepi hanya membisu
Tanpa berbicara
Tapi
Hati
Tak terduga
Penuh
Dengan kata-kata puitis dan berirama rancak
Tanpa diajar atau disuruh...


Aku hanya perlu

DAMAI
Di HATI...