Ramai orang tahu tentang cinta.Tetapi adakah semua orang tahu erti cinta yang sebenar? Untuk
mengetahui makna cinta di sebalik cinta perlulah mengenali pencipta yang memberikan rasa cinta kepada insan-insan
yang bernama manusia,dengan rasa cinta yang mendalam inilah. Dunia ini menjadi warna - warni kerana dihiasi oleh orang yang
bercinta dan mereka mampu serta berjaya menakluki dan menguasai dunia ini,tanpa
mempeduli halangan dan dugaan bakal menempa.Bak pepatah orang yang bercinta
lautan api sanggup ku renangi. Tanpa
cinta dunia ini kosong dan tiada membawa
erti apa-apa.Demikianlah dalam soal cinta terlalu banyak maksud yang mahu disampaikan
,terpulang bagaiamana mahu mendefinsikan
cinta itu.Cinta boleh dibahagikan kepada
cinta kepada Allah ,cinta
sesama manusia,cinta kepada haiwan dan
tumbuhan yang berada di permukaan bumi.
Cinta biasanya menlibatkan perasaan yang amat
mendalam dan menpengaruhi kehidupan
seharian,rasa cinta sesama manusia memberikan rasa yang indah sehingga dibuai mimpi dan sentiasa berada dalam alam
kayangan.Namun cintan bukanlah sentiasa indah selalu seperti pelangi hanya
datang sekejap saja,bila rasa cinta itu disakiti oleh insan yang kita cintai
akhirnya mulai membenihkan rasa benci
dan sakit hati.Tapi jika dibandingkan dengan rasa cinta kepada Allah kepada
makhluk ciptaannya melebihi rasa cinta kita kepadanya,yang sentiasa memberi
bukan seperti manusia yang mahukan balasan dan meminta cinta sesama manusia.Jika
dihayati cinta yang sebenar-benar cinta terlalu dalam kerana cinta adalah
proses belajar mengenali rasa yang berada dalam diri kita sendiri..Cinta
kadangkala sentiasa berahsia dengan hati.sukar diterokai melainkan hatinya
benar-benar terdetik untuk menerima cinta itu.kata- kata cinta bukanlah murah
dan lumarah untuk dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah
tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Menurut Kamus Dewan (Edisi
Ketiga) 1994,DBP,Selangor,erti cinta ialah perasaan atau berperasaan sangat
sayang kepada negara,orang tua,kebebesan dan lain-lain .Cinta juga memrupakan
perasaan sangat berahi
(asyik,kasih,sayang)antara lelaki dan perempuan.Cinta juga diertikan
sebagai perasaan atau berperasaan dukacita (risau,bimbang,sedih ).Perasaan atau
berperasaan ingin akan sesuatu yang dirindui ,berahi terlalu sangat cinta(asyik
maksyuk). Namun kebanyakan maksud cinta hampir sama dengan maksud cintakan
,bercinta,mencintai dan percintaan.Kesemuanya melibatkan rasa dan perasaan berahi,kasih,sayang,merindukan
,mengharapkan,mengasihi antara hubungan lelaki dan perempuan.Begitu juga
menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar,Bahasa Inggeris –Bahasa Melayu Edisi
Keempat Joyce M . Hawkins menyatakan maksud love kasih sayang
,cinta (dalam permainan)rasa kasih kepada,dan amat menyukai.