Saturday, 14 January 2012

C.I.N.T.A


Ramai orang tahu tentang cinta.Tetapi  adakah semua orang  tahu erti cinta yang sebenar? Untuk mengetahui makna cinta di sebalik cinta perlulah  mengenali  pencipta yang memberikan rasa cinta kepada insan-insan yang bernama manusia,dengan rasa cinta yang mendalam inilah. Dunia ini menjadi  warna - warni kerana dihiasi oleh orang yang bercinta dan mereka mampu serta berjaya menakluki dan menguasai dunia ini,tanpa mempeduli halangan dan dugaan bakal menempa.Bak pepatah orang yang bercinta lautan api sanggup ku renangi.  Tanpa cinta dunia ini kosong  dan tiada membawa erti apa-apa.Demikianlah dalam soal cinta terlalu banyak maksud yang mahu disampaikan ,terpulang  bagaiamana mahu mendefinsikan cinta itu.Cinta boleh dibahagikan kepada  cinta kepada Allah  ,cinta sesama  manusia,cinta kepada haiwan dan tumbuhan yang berada di permukaan bumi.

 Cinta biasanya menlibatkan perasaan yang amat mendalam  dan menpengaruhi kehidupan seharian,rasa cinta sesama manusia memberikan rasa yang indah sehingga  dibuai mimpi dan sentiasa berada dalam alam kayangan.Namun cintan bukanlah sentiasa indah selalu seperti pelangi hanya datang sekejap saja,bila rasa cinta itu disakiti oleh insan yang kita cintai akhirnya  mulai membenihkan rasa benci dan sakit hati.Tapi jika dibandingkan dengan rasa cinta kepada Allah kepada makhluk ciptaannya melebihi rasa cinta kita kepadanya,yang sentiasa memberi bukan seperti manusia yang mahukan balasan dan meminta cinta sesama manusia.Jika dihayati cinta yang sebenar-benar cinta terlalu dalam kerana cinta adalah proses belajar mengenali rasa yang berada dalam diri kita sendiri..Cinta kadangkala sentiasa berahsia dengan hati.sukar diterokai melainkan hatinya benar-benar terdetik untuk menerima cinta itu.kata- kata cinta bukanlah murah dan lumarah untuk dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


 Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) 1994,DBP,Selangor,erti cinta ialah perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara,orang tua,kebebesan dan lain-lain .Cinta juga memrupakan perasaan sangat berahi  (asyik,kasih,sayang)antara lelaki dan perempuan.Cinta juga diertikan sebagai perasaan atau berperasaan dukacita (risau,bimbang,sedih ).Perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu yang dirindui ,berahi terlalu sangat cinta(asyik maksyuk). Namun kebanyakan maksud cinta hampir sama dengan maksud cintakan ,bercinta,mencintai dan percintaan.Kesemuanya melibatkan rasa dan perasaan  berahi,kasih,sayang,merindukan ,mengharapkan,mengasihi antara hubungan lelaki dan perempuan.Begitu juga menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar,Bahasa Inggeris –Bahasa Melayu Edisi Keempat  Joyce  M . Hawkins menyatakan maksud love kasih sayang ,cinta (dalam permainan)rasa kasih kepada,dan amat menyukai.

No comments:

Post a Comment