Wednesday, 31 October 2012

Meriahnya raya haji...( part 1 )

Awal pagi dah janji nak pegi masjid sembahyang raya ramai-ramai…
Tup..tup semua kepenatan dan tambah lewat sikit sampai kat masjid UMS,
Ingatkan paling lewat… tgk masih awal apalagi carilah tempt paling depan dan tepi..
kira senang nk keluar nati…
Bila dah selesai solat..tgk landskap masjid cantekk!! (motifnya ambil background masjid)
Ambik gambar kejap, Pose
Buat muka cute!!..ceh.






Apa y paling  BEST bila sampai bilik,
Kami disambut meriah macam open house… “tetamu kehormat kan”…
Kami tak boleh makan kena posing maut DULU, Sambil tunggu kekawang yang lain bakal bertandang….
Kredit to  blok B1 IBNU TAUFAIL…

Jom tengok betapa happening…suasana raya haji tahun ne…




bersalam-salaman
ala-ala kumpulan nasyid 2012

ready to buli-membuli...

dah penat bergambar..tiba mas utk mejamu selera
nampak berselera semuanya...
thanks...kepada membuat rewang perdana gitu.. (gotong-royong) malam raya...sedap.oooi..

ambik kau!!
aku ada.. 
Kau ada??


Tuesday, 30 October 2012

carilah

tidak membiarkan lagi perasaan
menderita dengan cara mu
aku lari penuh perjuangan 

tekad di dada
penuhi harapan 
kebahagian tercapai

mencari
gelak dan tawa
musim belum berlalu
hujan luruh bergegar bumi ini
diri ini 
masih mencari
cari tercari 
dalam pencarian 

kesempurnaan hujung masa 
gemilanglah suasana 
menerima 
takdir sudah terukir dalam 
hidup kita semua...

kabus api yang membakar

Serasanya tak perlu lagi 
aku mahu bertemu 
tetapi disebabkan 
ada masalah masa lalu terbeban didada 
sememang 
dan 
sepatutnya akU bertemu 
dua muka 
dua mata
dua hati
SUPAYA
tiada selindung disebalik kabus api yang makin memanas kan ruang-ruang itu....

mahu hapuskan ruang-ruang kosong 
dengan mengisi
lebih indah dan berseri

Jayakan semangat
kental
agar hidup lebih tenang...

tersentap


   DI MALAM YANG PEKAT DAN DINGIN

           Sedih mengenangkan perhubungan persahabatan yang dibina dengan kasih dan kepercayaan. Lantaran kita SEMUA berjuang demi masa depan.Bagaimana mahu mempertahankan satu ikatan sedangkan kita semua bermain kata-kata dan hipokrit.terdetik jua rasa sakit.

Namun bukan senang menghapus kenangan bersama dulu, 7 tahun 
bukan sekejap kamu hidup dalamku...setiap wajahmu kamu semua 
sentiasa ada.

Diri ini sentiasa mengharapkan perhubungan dapat kembali baik walaupun tidak serapat dulu lah...

Usahlah mengelak dari menemui diriku ini LAGI...

tiada LEBIHNYA diriku ini
tiada KURANGNYA dirimu itu

yang menyebabkan merendahkan diri sangat-sangat...

semua orang ada kelebihan masing-masing...
kenangan kita tetap terpahat hingga kini...

menanti


Thursday, 18 October 2012

JAWAPAN SUBJEKTIF KEHIDUPAN

melarikan diri bukan dapat menyelesaikan masalah yang meyelebungi, makin kita dapat merasakan masalah itu makin mendekat dan menghimpit perasaan.
bukan sengaja persoalan ini diketengahkan, tetapi firasat cuba menghapuskan bait-bait bisikan hati mula menghantui sejak dua menjak.
bukan itu suatu yang menyakitkan tatkala hati tersentap persoalan-persoalan yang belum terjawab kitaran kehidupan kadang kala bukan semua persoalan ada jawapan yang objektif atau tetap untuk soalan yang begitu subjektif diterokai oleh minda-minda bernama manusia.

gaya bersahaja berhadapan semua takdir,

MEMILIKI TAKDIR ITU ADALAH KITA

MILIKI TAKDIR ITU KERANA IA BAKAL MILIK KITA SEMUA

BAGAIMANA SEBUAH TAKDIR TERJADIKAN 
SUDAH KETENTUAN ILAHI CUBA MENGUJI KEKUATAN MENERIMA SEBUAH   
HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN
JANGAN DIKESALKAN
JANGAN LANTARAN DENDAM 
KITA BERMUSUHAN

Wednesday, 17 October 2012

Bebaskanlah dirimu



Setiap orang bakal menuju peringkat kedewasaan, bagaimana kita melangkah terpulang pada gerak dan naluri yang menyeru pada matlamat, sudah waktunya untuk aku merasa dan merentasi dari alam pusat keilmuan. cuba mengira detik-detik yang kemudian menghadapi  dengan situasi yang tidak kita ketahui. Jika melemparkan semua permasalahan yang ada begitu saja, tiada jua penyelesian ada. Yang makin menimbulkan adalah bebanan menimpa bukan pada fizikal tapi adalah mental, kerana ia tunjang kepada pemikiran yang menyebabkan segala keputusan dan perbuatan yang kita lakukan, juga tidak dinafikan faktor-faktor lain mempengaruhi seperti masalah peribadi dan kewangan. Walaubagaimanapun, jangan kerana punca ini kita boleh tersalah membuat keputusan yang pasti dalam kehidupan kita.
Terserah kepada hati atau biarkan kaki melangkah seiringi dengan kata-kata hati. Mungkin disitu kita lihat dimana kekuatan mata hati atau mata akal.
Serulah pada hati dan akal agar ia bersatu demi kebahagiaan jasad kita serta ketenangan rohanian jiwa moga tiada diselaputi kabus yang bertebaran.
Hembuslah dan keluarlah segala ganguan-ganguan itu…
Yeah!!!
Mesti boleh…