Setiap
orang bakal menuju peringkat kedewasaan, bagaimana kita melangkah terpulang
pada gerak dan naluri yang menyeru pada matlamat, sudah waktunya untuk aku
merasa dan merentasi dari alam pusat keilmuan. cuba mengira detik-detik yang
kemudian menghadapi dengan situasi yang
tidak kita ketahui. Jika melemparkan semua permasalahan yang ada begitu saja, tiada
jua penyelesian ada. Yang makin menimbulkan adalah bebanan menimpa bukan pada
fizikal tapi adalah mental, kerana ia tunjang kepada pemikiran yang menyebabkan
segala keputusan dan perbuatan yang kita lakukan, juga tidak dinafikan
faktor-faktor lain mempengaruhi seperti masalah peribadi dan kewangan. Walaubagaimanapun,
jangan kerana punca ini kita boleh tersalah membuat keputusan yang pasti dalam
kehidupan kita.
Terserah
kepada hati atau biarkan kaki melangkah seiringi dengan kata-kata hati. Mungkin
disitu kita lihat dimana kekuatan mata hati atau mata akal.
Serulah
pada hati dan akal agar ia bersatu demi kebahagiaan jasad kita serta ketenangan
rohanian jiwa moga tiada diselaputi kabus yang bertebaran.
Hembuslah
dan keluarlah segala ganguan-ganguan itu…
Yeah!!!
Mesti
boleh…
No comments:
Post a Comment