Sunday, 30 December 2012

pose


Dalam menghitung hari yang dah tak seberapa,terasa macam- macam dugaan yang dapat aku rasakan...aku malas memikirkan semua permasalahan yang menimpa...aku terus membiarkan-biarkan..

still jugk masalah itu ada..bagaimana nk settel??
kalau dah biarkan macam tu..!!


ketakutan sentiasa dan makin mengekcam jiwa yang bercelaru..sudahlah!!!

hapuskan airmata itu..
aku tak mahu airmata aku mengalir...
hati aku sudah keras sekeras batu dan menjadi dinding sebagai pehadang problems itu..

kan lagi mudah...kalo ak tutup kes...tak payah mengadakan perbiacaraan yang menyakitkan kepala untuk terus memikirkan perasaan ak dan orang lain yang merasai kesan itu...
cukup!!
ak sudah penat bermain perasaan 
penat!
penat!!
banyak lagi masalah yang perlu aku fikirkan...blah dulu r..





Assalam...hehe..ceriakan diri anda..peace!

Saturday, 22 December 2012

Puaskan

Puas kita mencari nilai yang ada yang kita lihat sepatutnya kita kaji apa yang  kita lihat, dengar, dan buat.
senang-senang ker kita nk tuduh semata-mata orang itu membuat kesalahan yang nampak dimata tetapi didalam dia tak sanggup nak melakukannya..dek terpaksa dalam hati tidak merelakan perbuatan dipaksa-paksa...
kehidupan yang tak puas dengan ada...
cukuplah apa yang ada.!!!

mencari sesuatu kesempurnaa adalah matlamat kita tetapi kesempurnaan bukan ada pada manusia kerana kesempurnaan yang terbaik ada pada maha yang pencipta yang memiliki segala-gala keistimewaan yang tidak ada pada manusia yang biasa yang bergelar hamba.

Friday, 21 December 2012

MARAH

kadangkala bila manusia dah lama diberi muka, 
inilah padahnya...y tak pernah marah akan kita lihat dia marah lebih dari orang biasa marah..kerana tahap kesabaran yang di pegang selama ini telah hancur.mungkin ada beberapa sebb kenapa orang sanggup bertahan sampai sebegini..

orang selalu marah...nampak kebiasaan macam dah menjadi rutin harian kena marah.. Alright. paham sangat..

yang luar biasa bila seorang y kelakar jadi pemarah dan kata-kata lebih menghiris dan menusuk serta setiap kata juga lambang kesusahan menangung kepayahan kerenah setiap yang dimiliki individu berbeza...

Monday, 17 December 2012

copy dri yati


COPY DARI YATI GEDIK
pesta membuli si huda

PESTA LAKONAN BUAT SAHABAT AKU…. 




Inilah kawan-kawan yang selalu ada disaat aku susah dan senang..dorang ini selalu cool walaupun apa yang terjadi..aku bangga jadi salah seorang kawan dorang, walaupun aku selalu je membuli dan mengenakan mereka semua. Bukan apa cara aku berkawan memang gini, coz tak nak la telalu skema… terlalu bosan katakan. Group kami tak pernah berpecah kalau ada asigment berkumpulan.. jaranglah ada ahli luar masuk group kami, sebab group kami kadang tergejal sikit (gila-gila). Buat kajian punyalah awal, tapi kalo bab goreng mengoreng ni, memanglah last minit..masing-masing otak sumer scanning printer kan..hahahhaa…. Kalau korang nak tahu,Gambar time ni kami buat 1 projek yang berkaitan dengan Cinta.. nama program ini “Malam Penghayatan Cinta”. 

Malam ini merupakan final exam subjek Xpreasi Naskah. Kami ni sekumpulan la, kumpalan kami telah sepakat buat 1 sketsa tentang “ku tagih kasih sayang ibu” gitu2 la tajuk dia… Akulah pelakon utama dia… Yang pakai baju purple Mas, dia pegang watak sebagai ibu aku…hihi… Tudung pink tu adalah Wani, dia lak pegang watak Kakak yang telalu sayang kat aku. Tudung Hitam tu Auni, dialah sebagai penyajak kumpulan kami, sape dengar bacaan puisi dia, menangislah, penuh emosi oo kalau dia baca sajak….hahaha….. Yang tudung Oren pun sama penyajak kedua kumpulan kami. Dan yang tudung maroon dan hitam (Nampak kepala je) itu Zulaiha dan Achik kool… dia ni pegang watak orang kampung dan kaki bergosip.. Dan yang paling Hot adalah member aku yang pakai baju putih tu dikenali sebagai Huda Gedik… dia tu, memegang watak Mak kepoh la, sebarkan cerita atau jaga tepi kain orang lain. Watak dia memang kenalah dengan diri dia, coz dia ni Astro bergerak katakan, semua cerita dia akan tahu,,,hahaha…Pada hari malam Penghayatan Cinta tu, kebetulan pula hari jadi member aku ini, si kepoh la HUDA… aku gan member da planning baik nak kenakan dia sampai dia menangis. Jadi aku sebagai pakar dalam planning parti ini pun apa lagi, tak kan melepaskan peluang yang baik ini. Kawan-kawan lain memainkan peranan masing-msing, ada tugasnya beli barang-barang parti, adanya yang stanby belakang dewan coz nak suprisekan dia..huhuh… aku lak memainkan peranan yang pertama. Fisrt tu aku, menyuruh ahli kumpulan aku buat latihan sketsa terlebih dahulu, di dalam latihan tu, kami semua ok, kecuali HUDA saja… Dari situlah start aku mengamuk dan naik darah sebab tak puas hati dengan lakonan dia yang tak pernah serius.(BERLAKON JE). 

Aku mula Marah dan terus marah dia sampai dia senyap tiba-tiba. Coz dia pun terkejut mungkin kali pertama aku marah, sebelum ini apa yang berlaku aku selalu senyap dan senyum je. Setelah setengah jam latihan dan perasaan marah itu berkumpul dalam diri aku, tiba-tiba kawan-kawan lain panggil suh buat try berlakon kat atas stage…. Lakonan atas stage sumenyer ok, siap dapat pujian dari group lain..(Banggalah).. tapi aku malas nak senyum-senyum takut planning gagal..hahahha.. sebelum masing- masing turun dari stage tu, tiba-tiba aku marah si HUDA lagi.

Kau ini kenapa arh? Le x serius sikit? Aku penatlah nak layan kau je….
Huda: apa salah aku lak ni? Aku da buat sehabis baik da… kenapa gan aku?
Aku : Habis baik apanya? Kau pegang watak apa? Boleh tak kau selami watak kau dengan baik? Kalau nak jadi gedik, jadilah gedik betul-betul.. jangan r nak memain..aku malas la macam ni….
HUDA : apa maksud kau? (huda mula nak menangis….
AUNI : sudah lah tu yat, tak yah lah gaduh sal benda ini, malulah orang sumer tengok kat bawah tu..
Aku : biarkan je orang sume tengok, aku dah bosanlah, berlakon macam ni…
MAS : apa ni huda boleh tak faham kitaorg sikit, kami penatlah, tinggal kau je ni.. buatlah btul-betul… (psiko lagi)
Huda : aku minta maaflah, aku tahu aku tak pandai berlakon tapi janganlah marah kat aku macam ini sekali.. (Menangis) ____Ayat si huda yang tak le blah r,, masing aku ingat sampai sekarang---- (ketawa org)
Zizah : menghampiri Huda lalu memeluknya….

Bila da start menangis, semua orang kat bawah pentas, sumer tertanya-tanya kenapa kami jadi gitu, apa yang terjadi, ada yang bising terus jadi diam..hihi.. ahli group aku yang lain berlari ke belakang dewan untuk jalan misi yang terbaik tu…. Azizah memainkan peranan penting tuk cool kan di HUDA yang tengah bengkaklah hati dia… Dia menangis kat belakang dewan resital sama Azizah.. Azizah pujuk HUDA suh jumpa aku secara face to face, tuk settlekan masalah ini.. dia pun beranikan diri untuk selesaikan masalah ini.. tapi aku buat muka poyo aku la,, bagi berangin lagi dia kat aku……hahhaha,, (paling jahatlah)

Selepas tu aku apa lagi, mengamuklah lagi.. kau nak apa lagi? Nak bagi aku marah ke? Blah r kau.. aku tak nak tengok muka kau lagi… aku kata pergi..pergilah…aku tolak bahu dia..agak kuat juga aku tolong bahu dia tu..huhuhu. Dia terkejut dengan apa yang berlaku.. mungkin terkejut dengan Kepala angin aku kali….hahhhaa… Dia menagis puas-puas lalu berlari ke tangga Dewan resital bahagian Belakang.. Kawan-kawan pun bawa kek sambil menyanyi…SELAMAT HARI JADI…. SELAMAT HARI JADI…HUDA….

Muka dia tiba-tiba terkejut dengan apa yang dia dengar tadi… dia lap airmatanya dan menjerit sepuas-puasnya dengan lakonan aku..hahhaa.JAHAT KAU YATT…SAMPAI HATI KAU KENAKAN AKU… aku memang terdiamlah…. Tak tahu nak kata apa, kecuali dengan UNGKAPAN MAAF yang mampu aku keluarkan.. aku buat ini pun atas planning ramai-ramai.. almaklum la… aku kepala semua ini,,hahahha… Happy Bezday huda….huhuhuuh… I love u 4ever…. 
Buat AUNI, WANI, MAS, KAK AYU, KAK ACIK,AZIZAH, HUDA, WANi wahab DAN SEMUA SAHABAT YANG MENGENALI AKU.. thnkz kat korang sanggup bersahabat dengan aku yang otak gila-gila ini DAN SELALU AJE BUAT LAWAK BODOH DAN MENGENAKAN KORANG..… memori antara kita tak kan pernah aku lupakan buat selamanya…..

Krew-krew yang menjalankan misi yang terbaik….hhihi
(geng2 yang sedang bergambar dengan Si Huda selepas mengenakan dia,,,,uhuhuhu….. Si huda masih lagi terkejut dengan apa yang dikejutkan,,hahahhaha)

( Si huda sedang memujuk hati dia yang sedang dilanda banir air matanya,,hihih.. yang lain pulak dok sedap bergambar sambil ketawakan aksi Huda yang tersentap dengan Lakonan hebat tadi… Memang terbaiklah korang dalam bab-bab mengenakan orang..huhhu.. Buat huda jangan kau sedih2 dan marah2 ya… kami buat benda ini tanda persahabatan kita semua….)
(Ini kak ayu.. dia tengah bersiap sediakan kek untuk Huda yang bakal menangis sebentar lagi..huhuh…. Ada air, dan Kek saja yang mampu kami sediakan untuk kau…. Harap2 kau dapat bermandi krim sebentar lagi ya,.,,huhuhuhhu )

( Naaaaa…… best tak dapat potong kek tu? Dengan hati yang terharu dan tersentap dengan agenda-agenda kawan-kawan kau kan? Hihiii terbaiklah korang yang da menjayakan majlis si Huda ini.. huhhuh… thnkz pada AUNI, WANI, AZIZAH, KAK AYU, KAK ACIK, ZULAI, ATIRAH, MASNIAH DAN JUGA AKU SENDIRI,.. semoga persahabtan kita tetap berkekalan selamanya….) 

Sunday, 9 December 2012

mimpi indah


      Makin aku rasakan getaran menghimpit…
Aku terpanggil pada sebuah mimpi bagikan aku pernah berada dalam suasana itu..


Aku mencari dimana..halusinasi itu bermain-main jejak makin mendekat dan ada sesuatu tarikan pada alihan perasaan…pabila terjaga dari mimpi mainan tidur…aku masih mencari siapa gerangan yang menyebabkan ak rasa dejavu..alami penuh keasyikan kedalaman rasa emosi membangkitkan semangat aku yang terkial-kial dalam mimpi yang tidak ku tahui siapa gerangan empunya diri..alangkah seronaknya jika mimpi itu, aku dapat terokai jawapan dalam sebuah kehidupan yang reality…
Siapakah??
Kenapa dia muncul??
Mengapa macam pernah ku jumpai orang itu?? tp apa yea??
Apa Harus aku menyelokar sejarah silam yang telah lama terkubur dalam pelukan masa lalu….?



Tapi hakikatnya aku terpinga-pinga…





     Petang yang mendamaikan keluhan sebuah kasih yang tak kesampaian penuhi rasa kegelisahan hati memerlukan jalur-jalur kemesraan untuk mengungkapkan kesuntukan masa. Bicara sebuah hati…berkata-kata takup segala yang terlihat..

   Awan mula meberatkan mengorak langkah laju ..ketepian melarang resah bertaburan merintih-rintih perlukan ketenangan yang indah pada dada kehalusan kita. Detik-detik kemarahan memarakkan lagi erti keindahan kesakitan hati tak kala ia terluka hujung yang merimbun belum tentu dapat menembusi sebuah hati yang tergores. Malam turut merasai perubahan siang yang mendadak..malam bukan penyejuk yang mendingin tetapi yang menghangatkan suasana ketika itu.

    Alami luahan demi firasat seindah gurauan mata-mata yang memandang …Debunga kembali melakar mekar dalam kalungan sebuah hati. Merah bukan sebarang merah, merah darah yang mengalir sesegar cinta berputik penuh misteri… Belaian umpama kasih tak terhingga wirama hati mula bergelora denyutan nadi…Luahan hujan menlimpah menyebarkan rasa indah kepada  jiwa insan penuhnya kasih yang memberi…

Nurani hati tak pernah merasakan satu kesalahan jika mencintai dan untuk dicintai kerana jiwa-jiwa manusia sentiasa berharap dibelai oleh orang sudi memberi bukan meminta bak pengemis cinta yang tak terbalas…
Indah menwangi mekar….


(LUAHAN TERSIMPAN DALAM MIMPI SAJA)


Saturday, 8 December 2012

matilah kau


aku merasakan lirik lagu ini amat menyentuh perasaan jika terlalu mendalami maksud yang ingin disampaikan..biarpun rasa pahit ditelan terpaksa jua ditelan kerana mabuk percintaan menjadikan manusia hilang rasa naluri untuk berfikir dengan betul..sebab cinta tiada orang boleh dipersalahkan rasa cinta wujud tanpa kita pinta sebenarnya...hargai lah rasa diberikan..


Mawar merah  yang ku cium
 Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatkan tak karuan
Sehari tak bertemu denganya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku
Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Samapai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dpat bahagia
Berharaplah
Ku berlutut di bawh kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi