Sunday, 9 December 2012

mimpi indah


      Makin aku rasakan getaran menghimpit…
Aku terpanggil pada sebuah mimpi bagikan aku pernah berada dalam suasana itu..


Aku mencari dimana..halusinasi itu bermain-main jejak makin mendekat dan ada sesuatu tarikan pada alihan perasaan…pabila terjaga dari mimpi mainan tidur…aku masih mencari siapa gerangan yang menyebabkan ak rasa dejavu..alami penuh keasyikan kedalaman rasa emosi membangkitkan semangat aku yang terkial-kial dalam mimpi yang tidak ku tahui siapa gerangan empunya diri..alangkah seronaknya jika mimpi itu, aku dapat terokai jawapan dalam sebuah kehidupan yang reality…
Siapakah??
Kenapa dia muncul??
Mengapa macam pernah ku jumpai orang itu?? tp apa yea??
Apa Harus aku menyelokar sejarah silam yang telah lama terkubur dalam pelukan masa lalu….?



Tapi hakikatnya aku terpinga-pinga…





     Petang yang mendamaikan keluhan sebuah kasih yang tak kesampaian penuhi rasa kegelisahan hati memerlukan jalur-jalur kemesraan untuk mengungkapkan kesuntukan masa. Bicara sebuah hati…berkata-kata takup segala yang terlihat..

   Awan mula meberatkan mengorak langkah laju ..ketepian melarang resah bertaburan merintih-rintih perlukan ketenangan yang indah pada dada kehalusan kita. Detik-detik kemarahan memarakkan lagi erti keindahan kesakitan hati tak kala ia terluka hujung yang merimbun belum tentu dapat menembusi sebuah hati yang tergores. Malam turut merasai perubahan siang yang mendadak..malam bukan penyejuk yang mendingin tetapi yang menghangatkan suasana ketika itu.

    Alami luahan demi firasat seindah gurauan mata-mata yang memandang …Debunga kembali melakar mekar dalam kalungan sebuah hati. Merah bukan sebarang merah, merah darah yang mengalir sesegar cinta berputik penuh misteri… Belaian umpama kasih tak terhingga wirama hati mula bergelora denyutan nadi…Luahan hujan menlimpah menyebarkan rasa indah kepada  jiwa insan penuhnya kasih yang memberi…

Nurani hati tak pernah merasakan satu kesalahan jika mencintai dan untuk dicintai kerana jiwa-jiwa manusia sentiasa berharap dibelai oleh orang sudi memberi bukan meminta bak pengemis cinta yang tak terbalas…
Indah menwangi mekar….


(LUAHAN TERSIMPAN DALAM MIMPI SAJA)


No comments:

Post a Comment