Tuesday, 10 September 2013

welcome

well kat sini nak ucapkan selamat datang kepada makcik period kerana sudi datang menjenguk dalam tubuhku <welcome to mylife>.. seorang perempuan,wanita,adik, kakak,ker mak cik  period atau datang haid adalah normal.  Kebiasaannya  moody seperti kebanyakan wanita diluar sana.. Moody bagi perempuan haid adalah normal, kerana sememangnya ianya bukan pilihan kita.. Kita sendiri tidak pasti punca kenapa kita moody.. kan?ini pum perkara biasa..tapi yang luar biasa bila sakit yang tak tertahan..itu dipanggil extravangza gitu...

Anyway dalam tahun ini, aku dah perasan setiap datang period...mesti sakit gila nak mampus r....fuh nak nangis jer rasa...dalam sejarah hidup aku lah...tidak pernah pulap benda datang menganggu semenjak dia hadir dalam hidup zaman remaja..enjoy jer aku layan...tapi sekarang xleh nak layan sangat...otak aku dibuatnya...bila diserang bertubi-tubi...mungkin faktor usia kuttt...tua sangat ker?

mukajadi  pusat...bila tengok makanan macam nak makan tapi xleh telan beb, nak senyum dah tak mampu dah...mcam nak pengsan ada..nak marah ada...geram...sebab sakit ya allah...
daripada sape-sape kena marah dengan aku baik aku duk sorang-sorang dalam bilik dalam selimut..memerap sambil menbongkok lulut bertemu perut ataupun tido menonggeng jer..salah cara nak bila tahan sakit..airmata xyah cakap....duk selimut xder orang dgr.>

kesian kepada sesiapa yang kena marah dan aku over emosi bila bercakap dengan korang yea...di luar kawalan...dahlah stress..makin stress dengan masalah..plus2 jawabnya,...bingoo..
(caranya rest dalam gelap dan sunyi)

semenjak kemunculan penyakit yang tak diundang ini aku telah mengkaji..buat resrch pasal senggugut ni dengan pakcik goggle..terima kasih pak cik goggle kerana memberi maklumat ini..

* kepada yang tak pernah rasa tahniah...kerana anda tidak tahu sakitnya penyakit ini...

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita.Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk
  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot




No comments:

Post a Comment