Tuesday, 19 June 2012

tinta kata terlintas dijemari



hiburan kala hati tidak tenang bukan semudah,
membuang kotoran di baju tetapi 
perlu mengusahakan penat dalam jiwa
untuk dilafaz dalam tinta-tinta 
ku cuba kuutuskan perkara yang bermain-main 
dalam renungan dan kesilapan yang terlihat di mata kasar 
terus  masuk dalam hati yang tidak berpintu.
terlalu mudah mencerobah kerna tiada halangan..
hati yang sentiasa merasa
salah
dan 
betul

Sunday, 17 June 2012

Segersang Tanah


Sebak dimata
Hati terluka
Meski
Mulut mengatakan tidak

Perlakuan menjadi gerimis
Butir-butir
Kesakitan saksi kebahagiaan
Sebuah perhubungan
Yang memerlukan pengorbanan

Lebar senyuman
Mengamit rasa
Indah di hati
Demi capai
Kesatuan dalam
Percintaan yang menyakitkan

Damaikan fitrah
Manusia yang kamil
Jadikan insan yang berwibawa
Terlaksana impian dan harapan

Dalam dunia kian kepanasan
Ada manusia
Buang bayi
manusia
Tidak berhati perut
Sanggup lempar segala penat lelah
Mengandung
Dan saat kesakitan teramat sangat melahirkan


Dilupakan semuanya
Demi
Maruah diri
Malu
Malu
dengan masyarakat
Pandang menlulu

Dan harus bagaimana
Sikap seorang ibu
Membiarkan anak kecil
Di tempat yang menjijikan


Di tepi sampah sarap
Dalam tong sampah
Di longkong
Di tandas
Di masjid
Di jalanan
Apakah tempat itu
Menyambut kelahiran ank kecil tersebut?

Semaikan sikap memelihara maruah diri
Demi mencapai segala hasrat  murni..

Saturday, 16 June 2012

Kata Pengantar


Konsep intergrasi nasional terilham secara lebih sedar setelah meletusnya peristiwa hitam 13 mei 1969. Persitiwa kekacauan kaum pasca pilihanraya ini menyebabkan jurang perpaduan kaum menjadi satu isu Negara yang perlu diselesaikan segera, dalam hubungan ini pernyataan anggota masyarakat yang terlibat dapat dikenal pasti menerusi berbagai-bagai bidang dan mediumnya yang tersendiri, terutamanya melalui karya sastera.
Kesusasteraan sebagai yang kita maklum adalah satu penyataan kebudayaan yang amat rapat hubungannya dengan masalah dan fenomena sosial. Hakikat sejarah yang mencorakkan keadaan dan sikap penduduk Malaysia yang pelbagai bangsa itu tidak dapat pula kita sangkal. Hakikat ini terjadi oleh kerana dasar penjajah inggeris yang membuka pintu, dengan membawa masuk buruh-buruh bangsa asing. Mereka pula tinggal terpisah dalam sektor ekonomi yang mereka garap, di daerah isolasi hampir tanpa hubungan dengan sistem pentadbiran inggeris yang dikenali sebagai “dasar pecah dan perintah” secara tidak langsung mewujudkan dan melanjutkan suasana yang kurang sihat itu. Maka akibatnya perkembangan sosio –politik dan ekonomi di tanah melayu dan Malaysia kemudianya, lebih jelas sebagai dipengaruhi oleh desakan perasaan, kepentingan dan tuntutan kaum masing-masing.
Monograf ini berusaha meninjau tema hubungan kaum dalam cerpen dari sastera melayu, cina ,india dan kaum-kaum lain di sabah dan berusaha mengemukakan masalah-masalah perpaduan dan intergasi nasional secara jujur. Bagaimanapun tema ini hampir tidak dapat dikesan dalam sastera Iban di Sarawak menyebabkan tiada pembicaraan tentangnya dalam monograf ini. Sebagai rakyat Negara ini, kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan masalah realiti ini. Bahkan pada wkatu dan keadaan tentu mungkin menjadi bertambah serius, dalam hubungan inilah monogarf serta cerpen-cerpen dibicarakan.
Berdasrkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Tahni melalaui eseinya “Integrasi Sosial” dalam cerpen-cerpen melayu selepas peristiwa 13 Mei memang terdapat kontradiksi antara nasional melayu dan kepentingan intergerasi dari tahun 1969-1975, tidak kurang 100 buah cerpen melayu yang mempersoalkan baik buruk perkahwinan campur dan mengkritik soal berkongsi niaga atau usahasama yang ternyata pada perlaksanaan jangka panjangnya tidak menguntungkan orang melayu. Menurut Mohd Thani, bahawa para cerpenis melayu banyak sekali menyuarakan kesedaran, di samping mengemukakan berbagai-bagai idea, menggambarkan kebimbangan mereka terhadap masalah perkauman yang masih dirasakan di negera ini. Cerpen-cerpen tersebut semacam membuka peluang kepada pembaca meluaskan pengalaman hidup menyedarkan betapa terbatasnya hidup kita selama ini.
Azizi haji Abdullah dan Shahon Ahmad bukan sahaja terlibat sebagai cerpenis pada tahun-tahun 1960-1970, bahkan sebagai novelis melayu yang cukup prolific sampai ke tahap ini. Azizi banyak menimba persoalan perpaduan melalui permerhatian ke dalam masyarakat melayu dan bukan melayu.
Masalah kahwin campur dan fahaman agama menjadi tema yang cukup disenangi oleh Azizi baik dalam cerpen-cerpen mahupun di dalam novel-novelnya.  Shahnon Ahmad bukan sahaja tokoh sasatera melayu dalam dekad 1960 sampai kini. lebih terserlah sebagai pengarang yang banyak menulis tentang kaumnya.
Soal asimilasi dan accommodation yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad dan penulis lain dalam karya-karya mengingatkan penyataan yang pernah dikemukan oleh A.Bakar Hamid selepas meletusnya peritiwa 13 Mei. Para penulis melayu rata-rata berusaha mencari jalan keluar atau cuba mengatasi masalah jurang perkauman ini dengan mengemukakan accomadation dalam maksud mencari saling pengertian berdasarkan struktur yang sedia ada, dalam hal ini sikap kejujuran dan kesedaran demi pembangunan Negara.
Esei “Perhubungan Kaum dalam Sastera Mahua” oleh Wong Seng Tong menerangkan tentang kebanyakan karya sastera Mahua (orang-orang cina di Malaysia) yang lebih banyak melahirkan perasaan kasih sayang terdapat persekitaran dalam cereka Mahua. Misalanya dalam memupuk watak-watak bukan cina, pengarang banyak memberikan penegasan terhadap kerajinan watak-watak melayu serta sikap sabar mereka.
Menurut kesimpulan penulis bahwa pengarang-pengarang Mahua sejak awal 1930 sudah menyedari realiti tentang sifat berbilang kaum dalam masyarakat Negara ini dan mereka sentiasa membantu menjalinkan hubungan kaum yang lebih mesra lagi. Hakikat ini juga dapat dikesan dalam “Catatan Penyunting” antologi cerpen Mahua.
Perkembangan sastera India melalui eseinya “penulisan Sastera Tamil” mungkin dirasakan agak terpinggir bagi para pembaca dari keturunan melayu dan cina, ada beberapa penemuan baru yang dapat kita kutip menerusi kajian penulis. Terutamanya tentang tema dan perwatakan yang selalu digambarkan dalam cerpen-cerpen tamil Negara ini, ada dua bentuk. Pertama yang memlibatkan kaum tamil sahaja ditumpukan kepada masalah pemecahan ladang, masalah kewarganegaraan, cinta kepada negara dan bagaimana usaha-usaha untuk menjayakan dengan kaum-kaum lain yag cuba menberikan gambaran atau pengajaran kepada kaum india melalui contoh dan sikap kaum-kaum lain. Cerpen jenis ini biasanya membicarakan persoalan masyarakat lain untuk mewujudkan perpaduan diantara kaum dan keinginan membina masyarakat Malaysia melalui perkahwinan campuran.
Ismail Abbas mengkaji 47 buah cerpen dalam bahasa kadazan yang tersiar dalam akhbar Sabah Times  sepanjang tahun1973 mendapati bahwa tema dan persoalanya berkisar dalam soal percintaan dikalangan anak remaja. Tema semcam ini begitu popoluar dikalangan penulis kadazan kerana kebanyakan mereka rata-ratanya adalah remaja sendiri. Dalam eseinya berjudul tema hubungan kaum dalam cerpen- cerpen penulis kadazan memberi maklumat kepada khlayak sastera kebangsaan  selain percintaan tema keluarga juga menjadi pilhan penulis-penulis terhadap ibu bapa dan tanggunjawab orang tua dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.
Dari segi perwatakan berbilang kaum, biasanya penulis-penulis kadazan mengunakan nama-nama kristian sedangkan nama asli orang –orag kadazan sendiri jarang digunakan. Bergitu mereka jarang menggunakann nama watak-watak diluar masyarakat seperti bajau dan pribumi sabah yang lain ( murut, bisaya, brunei,dan melayu) sedangkan pada realitinya masyarakat  kadazan ini berbaur dan bergaul dengan masyarakat luar dari kaum-kaum yang tersebut.
Meneliti cerpen-cerpen yang tertulis dalam bahasa kadazan  ini unsur-unsur hubungan kaum tidak terdapat langsung. Pembaca akan mendapat gambaran atau kesan yang agak negatif seolah-olah masyarkat berkenaan menutup pintu dengan dunia luarnya.
Agak disayangi kerana tulisan mengenai cerpen-cerpen yang bertemakan hubungan kaum tidak dikesan di wilayah Sarawak terutamanya dalam sastera Iban dan kaum-kaum lain. dalam konteks pembangunan Negara, penggunaan bahasa menjadi alat perpaduan mahupun sebagai bahasa persuratan dan kesusasateraan bagi semua kaum baik di negeri-negeri Sarawak dan sabah mahupun di semanjung. Memang tidak dapat dinafikan lagi, Karya-karya sastera yang berlatarkan negeri Sarawak, hasilkan setakat ini agak terhad.
Misalnya novel bagaton dan nagayau oleh Amil Jaya ( dari sabah) turut membicarakan sejarah pribumi di sabah dan Sarawak. Persoalan tentang suku kaum iban di sarawak berhasil diungkapan oleh penulis keturunan cina Jong Chian Lai di dalam novel-novel : Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga dan Pindah. Muslim Burmat (pengarang dari brunei darusalam ) telah menghasilkan cerpen “Penan” yang memperkatakan masalah permodenan yang dihadapi oleh suku kaum penan di Sarawak.
Kertas kerja “Sastera dan Penulisan Borneo: Satu Kemungkinan “ menyebut kebanyakan karya pengarang di wilayah borneo masih berlegar di sekitar pengalaman bangsa melayu. Hamzah Hamdani dalam pengantar antologi cepen Surat Dari Pulau (1985) menjelaskan bahawa cerpen-cerpen karya penulis sarawak dapat dikesan kerana di dalamnya di paparkan masalah-masalah cita-cita dan impian dalam kehidupan yang dihadapi oleh pelbagai suku kaum  seperti melayu, cina, iban, bidayuh ,melanau dan kadazan.
Dalam bidang novel keadaan di Sarawak agak mengecewakan. Menurut Jeniri lagi, selain novel Jong Chian Lai, tidak ada novel lain yang dapat dibanggakan. Sementara  genre cerpen dan puisi memperlihatkan pencapaian yang agak menbanggakan. Penulisan sastera kebangsaan sesungguhnya merupakan satu tanggungjawab sosial yang cukup besar walaupun dalam beberapa hal ia ada kekecualianya, terutamanya dalam soal konteks dan pengarangnya.
Dalam konteks Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa dan suku kaum yang cukup unik ini sudah tentu memerlukan satu rupa bentuk ataupun hasil kebudayaan dan kesusasteraan yang tersendiri. Kebudayaan dan kesusasteraan nasional Malaysia hanya akan berkembang subur berdasarkan realiti yang ada dalam masyarakat masa kini. Realiti tersebut tidak lain dari lingkungan yang tersendri. Sementara pengaruh luar, terutamanya gejala-gejala modenisasi juga telah dan akan masuk kedalam tubuh individu dan masyarakat berbagai-bagai kaum di negra ini. Dan akibatnya, ia boleh melahirkan satu rupa bangsa Malaysia yang cukup istimewa dan serba unik.
Menerusi hasil sastera dan pengucapan satu bahasa yang seragam sahajalah semua kaum atau bangsa di negera ini akan saling memahami serta benar-benar menghayati cita-cita dan hakikat kepelbagaian yang seba unik itu. Memandangkan hakikat tersebut, maka usaha menerbitkan monograf ini dapat dianggap sebagai langkah pertama yang akan membuka pintu kepada penerbitan esei dan genre sastera yang lain, yang mendalami pembicaraan tema ini. Diharap masyarakat Malaysia seluruhnya akan memahami isi hati, nilai ,permasalahan, dan visi setiap kaum  dingera ini dalam rangka pembinaan dan pemantapan perpaduan nasional.

Tergari


Ya Allah tenangkan jiwa
Aku tak mampu memandang
Sedetik  demi sedetik berlalu
Menjauh
Begitu ia pantas
berlalu

Kemana nikmat waktu
Untuk dirasa
 difahami
Kesesakan  mengejar
Masa

Untuk mengerti
Setiap nilai detik tidak terkira
Jika terlepas,
Biarpun nyawa bakal ditarik
Dari jasad..

Di mana kemampuan kita
mengerti
sebuah masa

Rindu dalam kebahagian



Bukan lagi sepi menemani waktuku…

Kini

Rindu dalam bahagia.... 

Kg.Titingan

jambatan titi...
Titingan 
melalui lorong-lorong 
berkayu-kayan
sungai mengalir terus ke laut
Rumahku
rumah terapung di atas titi
pemandangan indah
mendamai dijiwa
menusuk di kalbu

 Jambatan kayu 
siang malam
tidak pernah meletihkan
pasang surut
tegar dengan tugas harian...


Peristiwa setahun yang lalu
di blok 9
membuka mata dan minda
ajar sentiasa
berusaha gigih
menyara keluarga


Dahulu teratakku yang 
tak tersusun kini telah 
berubah wajah
cantik damai
tenteram dirasa..




                                        KAMPUNG  AIS BOX
                                                             
                                              Kampung titingan berbilang kaum
dan 
budaya sentiasa harmoni
saling bantu-membantu
antara sesama warganya


kampung nelayan sinonim
dengan hasil tangkapan lautnya
membuat hati dan jiwaku
damai disini


Mac 2011,
kebakaran berlaku di siang hari
musnah teratak dibina
untuk berteduh
dimana kesabaran dan ketabahan
untuk menghadapinya


peritiwa itu sudah berlalu
disebalik kenyataan pahit itu
terselit
aku bangga sebahagian
wargamu kampung titingan..







hmm...Udara..(nama baru disini)
puisi dalam gaya lakonan
agak bersahaja..tp menarik
tampak relax walau mendebarkan
penuh emosi dan airmata..
tunggu nk bagi cendermata
puisi yang menghiburkan
bagi peluang bergambar dgn En.sani...
bergambar sebagai kenangan
tariann...ala lupa lak..
bersama family angkat
bergambr dgn Yb
singgah di kundasang..sejukkk..
anak kecil penuh semangat dalam puisi
kapal nelayan

Jambatan sebelah rumahku
abang angkat tgh bac puisi
mai penuh penghayatan
yeah...pokta baca penuh  tenaga yg ada...

muara sungai